BN And Pakatan Rakyat Leaders “Friends” At Court

www.bernama.com
SHAH ALAM, Nov 3 (Bernama) — In Parliament, the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat leaders may be at logger-heads, but at the Sessions Courts here Tuesday, they were seen engaging in friendly conversations.

They were there to lend support to their colleagues who were brought to the court today to face various charges.

Among the MPs were Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara), Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai), Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) and Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Also present were Kampung Tunku assemblyman Lau Weng Sang, Parti Keadilan Rakyat Youth head Shamsul Iskandar Mohd Akin and Selangor state executive councillor Ronnie Liu, whose special aide, Wong Chuan How, was charged with making a false claim and two counts of committing criminal breach of trust involving a total of RM7,500.

There were also about 100 BN and Pakatan Rakyat supporters at the courts.

Besides Wong, five others, including Sabak Bernam Member of Parliament Datuk Abd. Rahman Bakri and former Teratai assemblyman Yap Soo Su, both from BN, were charged with various offences involving irregularities in the disbursement of state funds.

Abdul Rahman pleaded not guilty to eight counts of making false claims when he was the assemblyman for Sungai Ayer Tawar last year, while Yap pleaded not guilty to seven counts of submitting applications containing false particulars for allocations totalling RM70,000 for festival programmes which were not held.

Abdul Rahman’s aide, Rosli Busro, 41, pleaded not guilty to abetting Abdul Rahman in committing the eight offences, while Yap’s aide, Mohd Firdaus Abu Zarin, 41, pleaded not guilty to abetting Yap on all seven counts.

A former special aide to Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohd Yahya Mat Sahri was charged with cheating and using forged documents.

The proceedings was supposed to start at 8am, but only began about noon. Deputy public prosecutor from the Malaysian Anti-Corruption Commission Datuk Abdul Razak Musa told reporters he took three hours to process the documents for registration of the cases.

Pejabat Ketua AMK

BAJET (BELANJAWAN) 2010: IBARAT MINYAK DUYUNG PERENDANG DUYUNG1

Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 23hb Oktober 2009 lepas merupakan pembentangan bajet sulung beliau sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3hb April 2009 lepas. Pastinya rakyat dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara akan melihat dan menganalisis Bajet 2010 ini sebagai KPI dan etunjuk kepada corak pentadbiran Perdana Menteri Baru ini.

Apakah pembentangan Bajet 2010 ini sekadar retorik angka-angka dan peratusan sahaja untuk menampilkan beliau juga mampu membentangkan bajet?, Atau mampukah beliau membawa pembaharuan ekonomi dan pendekatan baru yang lebih segar seperti yang diharapkan rakyat?

Pembentangan Bajet 2010 ini dikemukakan ketika suasana ekonomi Malaysia masih suram dan belum menampakkan pemulihan ketara selepas dua kali suntikan dana ekonomi dilaksanakan. Bajet 2010 ini juga mencatatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Secara umumnya Bajet 2010 tidak mencerminkan ‘belanjawan untuk rakyat’ seperti yang dicanangkan, kerana rakyat hanya menerima faedah dalam bentuk pengecualian cukai sekitar RM500 juta sahaja. Rakyat secara khususnya tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi akibat kepincangan tadbir urus ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini amat lemah, dan gagal mengembalikan keyakinan bahawa ekonomi negara semakin pulih dan berdaya saing di peringkat global.

Bajet 2010 pada kali ini yang kononnya menampilkan transformasi ekonomi model baru ke arah berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi dilihat tidak mengujakan. Usaha untuk menyaingi kehebatan ekonomi negara-negara lain yang telah melaksanakan model baru tersebut seperti Singapura, Taiwan, Finland dan Israel dilihat tidak strategik untuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang kerana asas ekonomi di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada sumber tenaga, kepakaran, pusat penyelidikan dan kemampuannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi telah bermula awal sejak era tahun 1970 dan 1980 lagi. Penumpuan negara-negara tersebut kepada bentuk ekonomi ini adalah disebabkan latarbelakang negara tersebut yang tidak mempunyai kelebihan sumber asli dan tanahnya. Mereka telah lama bermula dengan pembangunan dan penyelidikan yang mantap dan kukuh dalam semua aspek. Perancangan negara-negera tersebut juga jelas dan berhasil menjadikan ekonomi mencapai kemajuan yang disasarkan.

Kita tidak mahu melihat Malaysia terkapai-kapai dalam mengurus ekonomi masa hadapan dalam arus ekonomi global dengan tidak memberi perhatian utama memperkukuhkan pembangunan insan dan sumber tenaga pakar yang dilatih dan dibentuk sendiri. Kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar dan sumber manusia luar yang terlalu besar kuantiti dan kualitinya membahayakan strategi kestabilan ekonomi negara masa hadapan kerana mungkin tenaga pakar dan sumber manusia tersebut akan keluar mencari peluang lain yang lebih produktif dan lumayan.

Sewajarnya, model ekonomi Malaysia memperkukuhkan pembangunan sedia ada sumber asli, galian dan pertanian disamping mempelbagaikan penjanaan ekonomi dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Malaysia yang mempunyai kekayaan dengan sumber asli, galian dan tanah subur yang tidak dimiliki oleh negara-negara yang berasaskan kepada model ekonomi baru ini perlu mengambil segenap peluang dan menggilap potensi ekonomi secara keseluruhannya.

Usaha menarik pelabur asing ke dalam negara perlu dipergiatkan dengan usaha-usaha yang positif dilaksanakan dengan memperbaiki sistem ketelusan dan pengurusan ekonomi negara yang cekap,bebas rasuah dan mengurangkan birokrasi kerajaan. Negara yang hanya mencatatkan kemasukan dana pelabur asing hanya berjumlah RM3.6 Billion berbanding RM19.7 Billion pada tahun sebelumnya sewajarnya menggerakkan lamunan panjang pihak kerajaan agar melaksanakan satu tindakan yang proaktif dan drastik.

Hutang negara yang meningkat mendadak kepada RM362.5 billion untuk tahun 2009 menggambarkan ada yang tidak kena dengan gaya pengurusan ekonomi negara ketika ini. Apakah negara tidak mempunyai pelan khusus untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang mana situasi ini boleh menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia perlu mempunyai hutang negara yang rendah untuk memastikan kelangsungan jangkamasa ekonomi negara untuk lebih kukuh dan stabil. Kerajaan perlu memikirkan generasi masa hadapan yang perlu menanggung beban akibat jumlah hutang negara yang amat tinggi. Malahan setiap anak dalam kandungan lagi sudah terpikul tanggungjawab terhadap hutang negara secara tidak langsung.

Bajet 2010 pada kali ini juga agak ganjil kerana tidak memberi penumpuan kepada aspek pertahanan negara yang tidak memberikan apa-apa yang menarik kepada kebajikan para anggota tentera. Persoalannya apakah dana untuk anggota tentera sudah habis dihamburkan untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Jelas, kerajaan Barisan Nasional terus melupakan jasa besar mereka setelah pengorbanan besar disumbangkan oleh mereka.

Negara juga dikejutkan dengan tragedi kebakaran KD Inderapura di Pengkalan TLDM Lumut serta penggunaan senjata pertahanan yang tidak berkualiti dan ketinggalan zaman. Sewajarnya aspek pertahanan negara tidak boleh dipandang rendah kerana kegagalan menyediakan sistem persenjataan dan sumber tenaga manusia yang terbaik dan berkualiti kedaulatan negara mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing.

Kadar kelajuan internet dan broadband di Malaysia kian dipersoalkan. Tahap kelajuan yang berada di tangga 48 daripada 66 buah negara hasil kajian Universiti Oxford tidak menggambarkan usaha hasil pelaburan yang besar untuk pembangunan Multimedia Super Coridor dan Cyberjaya serta pelaburan besar pembangunan jalur lebar sebelum ini. Ini pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik memandangkan sistem capaian internet dan jalur lebar pantas adalah amat diperlukan untuk kepentingan strategik ekonomi dan pelaburan.

Malaysia amat memerlukan pembangunan jalur lebar berkelajuan yang tinggi untuk menyediakan negara kepada ekonomi masa hadapan. Kajian dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan keseluruhan ceruk rantau dan kampung yang mempunyai nilai ekonomi yang berpotensi dapat dikembangkan ke peringkat global. Sudah tiba masanya negara memperbaiki tahap kelajuan internet dan broadband jika mahu bersaing dengan negara-negara serantau yang sudah mempunyai tahap capaian yang baik dan pantas.

Negara-negara yang dikenal pasti sudah bersedia untuk menakluki teknologi maklumat masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps. Pemberian kontrak untuk syarikat-syarikat membangunkan dan memperbaiki kelajuan dan infrastruktur jalur lebar perlu diberi perhatian agar projek besar ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat dan Negara.

Aspek pembangunan pertanian dalam Bajet 2010 ini juga masih belum ada yang menarik melainkan pemberian berterusan subsidi. Sewajarnya satu anjakan baru untuk membantu golongan petani di negara ini dengan memperkenalkan sistem insurans dan takaful bagi memastikan sektor pertanian mampu memberikan sumber pendapatan negara di samping mengurangkan perbelanjaan keluar atau import produk pertanian daripada negara luar. Sumber tanah yang sesuai untuk pertanian perlu dioptimumkan agar kesan kenaikan barangan makanan yang pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan dan di atasi.

Golongan petani, nelayan dan penternak perlu terus disediakan suasana dan iklim pertanian dan penternakan yang memuaskan. Sistem pemasaran dan pengedaran yang menjadi kekangan kepada mereka selama ini perlu diperbaiki dengan memperkemaskan pengurusan agensi-agensi berkaitan. Sumber dana mudah untuk golongan petani memperhebatkan usaha mereka meningkatkan jumlah hasil dan kualiti perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sektor pertanian hanya dilakukan dalam skala kecil,tidak produktif dan terbatas.

Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar. Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Kedudukan ranking universiti-universiti di Malaysia memaksa kerajaan bertindak proaktif menyediakan suasana dan iklim pendidikan negara yang berteraskan kepada pembangunan insan secara holistik dan menyeluruh. Universiti di Malaysia perlu dilihat berbeza dan mencari kelebihan tersendiri jika agak sukar untuk mengatasi kualiti universiti tersohor dunia seperti Univerisiti Oxford dan lain-lain.

Pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi masakini kepada suasana dan iklim keperluan di masa hadapan. Pembelajaran yang bersifat hanya fokus kepada peperiksaan perlu diubah agar suasana pembelajaran di negara ini bersifat berterusan dan memupuk semangat cintakan kepada ilmu dan budaya menyelidik. Pendidikan negara dilihat hanya menumpukan kepada aspek kecemerlangan dalam peperikasaan tetapi pendidikan negara gagal membangunkan karektor insan yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Dalam Bajet 2010 ini juga kerajaan merancang untuk melaksanakan penstrukturan semula Skim Subsidi Minyak. Sistem baru ini yang menggunakan MyCard dan infrastruktur sedia ada memerlukan kajian mendalam dan pelaksanaan yang betul untuk mengelakkan sistem ini kelak menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak menentu kepada rakyat. Jika perlaksanaan sistem baru ini dilihat menyusahkan rakyat dan menambahkan kos perbelanjaan kerajaan maka sebelum ianya dilaksanakan kerajaan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan pakar dalam hal ini.

Bajet 2010 untuk memerangi jenayah rasuah yang dicadangkan kerajaan dilihat tidak nampak mampu membendung jenayah rasuah secara drastik. Penggubalan Whistel Blower Act untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tidak mempunyai erti jika penjenayah rasuah berprofil tinggi terus dilindungi. Kredibiliti SPRM kini jatuh merudum di peringkat nasional dan antarabangsa kerana persepsi rakyat menganggap SPRM tidak berupaya menyelesaikan kes yang mencecah berbillion Ringgit Malaysia dan individu berprofil tinggi. Sehingga kini SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa selain menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara. Persoalannya ialah bagaimana pula jika Peguam Negara dan individu berprofil tinggi terbabit melakukan rasuah?

Usaha memperbaiki imej SPRM bukan hanya sekadar mengadakan persidangan antarabangsa dan sessi penerangan semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2010. Apa perlu didahulukan ialah agar SPRM ini mempunyai kuasa pendakwaan yang luas dan hanya menerima arahan daripada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong. SPRM perlu bertindak pantas menyiasat kes-kes yang melibatkan Ringgit Malaysia Berbillion-billion dan bukan hanya beria-ia menyiasat kes-kes terpilih yang hanya bermotifkan peribadi dan politik sempit semata-mata.

Untuk Bajet 2010 ini, adalah suatu tindakan yang pelik apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Program Permata. Apakah kerana Program Permata ini diterajui oleh Rosmah Mansor maka sejumlah wang rakyat yang banyak dilaburkan ? Atau apakah program ini begitu efektif dan berkesan ? Kenapa peruntukan sebanyak itu tidak disalurkan melalui kementerian yang dipimpin oleh Menteri Shahrizat ? Persoalan-persoalan ini membangkitkan persepsi negatif terhadap PM Najib. Apa yang diharapkan ialah perbelanjaan RM100 juta ini dipantau dan dipastikan memberikan manfaat terbesar kepada genarasi kanak-kanak.

Pembangunan teknologi hijau yang baru diperkenalkan di negara ini memerlukan kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Kerajaan perlu meningkatkan usaha kefahaman dan aplikasi teknologi hijau ini dalam kehidupan. Pengenalan teknologi baru sewajarnya mengurangkan kos perbelanjaan wang negara dan rakyat. Tiada ertinya teknologi hijau ini diperkenalkan dan dilaksanakan jika kos bebanan semakin meningkat dan tidak memberi impak positif kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Harapan besar rakyat dalam Bajet 2010 ini ialah agar kadar kenaikan kos barangan, makanan dan perkhidmatan tidak terus naik mendadak dan menjejaskan kuasa beli rakyat. Tiada ertinya Bajet dibentangkan berbillion-billion dan angka-angka yang dicanang-canang nampak indah belaka namun tidak sampai peruntukan tersebut kepada rakyat.

Peruntukan dan pengagihan dana persekutuan ini juga perlu sampai kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan menyampaikan dana persekutuan dan geran yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Negara memperlihatkan masih ada suasana jumud pemikiran untuk menggembeling secara bersama menjana pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Perbezaan pandangan politik tidak perlu terlalu jumud dan sempit sehingga ada dana yang sepatutnya diterima dan diurus oleh pihak yang tidak sehaluan dengan pandangan politik akan disekat dan dihalang. Rakyat menjadi mangsa kepada sikap kerakusan dan pemikiran sempit politik sesetangah pihak dengan tidak melihat kepentingan yang lebih besar kepada rakyat dan negara pada masa hadapan.

Malaysia perlu melangkah lebih cergas dan proaktif berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global. Walaupun ada petanda-petanda yang positif pemulihan ekonomi di peringkat global namun krisis ekonomi dan kewangan boleh kembali berlaku tanpa diduga dan diramal. Ekonomi Malaysia perlu mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi kepada apa sahaja iklim ekonomi global yang melanda. Rakyat perlu diutamakan dalam aspek kebajikan jika berlaku krisis ekonomi,makanan dan kemelesatan yang berlaku dan tidak menjurus kepada pakej ‘bailout’ dan menyelamatkan syarikat gergasi kroni sahaja.

Pengurusan yang cekap, sistematik dan amanah merupakan antara yang perlu diutamakan. Budaya membazir, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membantutkan dan merencatkan pembangunan rancak negara perlu diperangi habis-habisan.

Tidak keterlaluan kalau disimpulkan Bajet 2010 yang diharap dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di setiap lapisan dan peringkat di kala kesuraman ekonomi sekarang hanyalah ibarat minyak duyung perendang duyung1.
1 “Minyak duyung perendang duyung” adalah sebuah peribahasa Melayu yang membawa maksud ‘menghabiskan harta tuannya (atau rakyatnya) sendiri’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

AMK: BN ‘rampas’ perjuangan Pakatan

Oleh Salhan K Ahmad – Malaysiakini
Okt 21, 09 | 4:35pm
Angkatan Muda PKR (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah “dirampas” oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.

Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan,” katanya.

Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga “terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat.”

“Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.

Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.

Bayaran royalti

Tambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.

“Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.

Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.

“Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur,” katanya lagi.

Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.

Takziah kepada Saiful Izham dan keluarga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pagi ini saya menerima pesanan ringkas yang menyedihkan daripada saudara Saiful Izham.

Ibu beliau, Mak Ngah Omm telah kembali menemui Ilahi. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Asar di Taman Peruda, Sg Petani.

Bagi pihak kepimpinan dan keluarga besar AMK, saya merakamkan ucapan takziah dan perasaan sedih yang teramat sangat kpd Saiful dan keluarga. Sesungguhnya kematian merupakan realiti yang memeritkan.

Marilah kita doakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di sisi mereka yang solehah dan diampuni dosa. Al Fatihah.

Saiful boleh dihubungi melalui no: 0123211162.

Shamsul Iskandar
Ketua AMK

Program Ketua AMK minggu ini

1) CERAMAH PERDANA OLEH KETUA AMK
 
Tarikh :   17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa  :   9.00 malam.
Lokasi:    Markas PAS Cawangan Kampung Bahagia, Teluk Intan.
 

Maklumat lanjut, hubungi YB Yunus (Ketua AMK Perak) di talian 012-4133260
 
 

2) RUMAH TERBUKA AMK & AMK PERAK
 
Tarikh :   18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa  :   11.00 pagi – 2 petang
Lokasi:    Batu 14, Kuala Kurau
 

Maklumat lanjut, hubungi YB Yunus (Ketua AMK Perak) di talian 012-4133260
 
 
3) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEADILAN CABANG ALOR GAJAH
 
Tarikh :   18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa  :   6.00 petang
Lokasi:    Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

 

Maklumat lanjut, hubungi Hairis Nordin (Ketua AMK Melaka) di talian 019-6872441
 
 

4) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI & DEEPAVALI AMK
 
Tarikh :   18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa  :   8.00 malam – 11.00 malam.
Lokasi:    JA 3035, Kg Kesang Tua, Jasin
 
Maklumat lanjut, hubungi Puan Mahani Masban di talian 016-6315352

Pejabat Ketua AMK

Menjejaki sang Perasuah di pejabat Suruhanjaya Antarabangsa Menentang Rasuah (ICAC) di North Point, Hong Kong

Pada 2 Oktober yang lalu, sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, saya bersama Ketua AMK Cabang Semporna, Sabah berada di Hong Kong di dalam misi menjejaki sang perasuah. Saya membuat keputusan untuk membuat susulan lanjut ke pejabat Suruhanjaya Antarabangsa Menentang Rasuah atau lebih popular dengan nama Independent Commission against Corruption (ICAC), setelah mendapati tiada tindakan yang bersungguh-sungguh oleh pihak wewenang di Malaysia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam usaha membanteras rasuah yang melibatkan pimpinan tertinggi UMNO Sabah walaupun pelbagai laporan telah dibuat.

Saudara Khairul Anuar aka Jonah, Naib Ketua AMK bersama pimpinan kanan AMK Sabah telah menunjukkan saya sejumlah dokumen yang boleh diklasifikasikan sebagai maklumat dan juga bukti bahawa wujud perlakuan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang rakyat dan juga pengubahan wang haram (money laundering) dilakukan oleh pimpinan tertinggi kerajaan UMNO di Sabah melalui penama-penama (nominee) di mana wang daripada sumber yang menyalahi undang-undang ini disimpan di beberapa akaun bank di Hong Kong.

Pada 14 Ogos 2008 yang lalu, semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah RM 16 juta. ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Michael Chia. Melalui sumber dalaman, ICAC sedang menunggu maklumat tambahan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibawa oleh seorang individu warganegara Malaysia.

Beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh pimpinan AMK Sabah mengenai bagaimana Michael Chia boleh memperolehi kekayaan seperti itu. Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, pimpinan AMK Sabah dan juga DAP kemudiannya telah membuat pelbagai laporan kepada pihak polis dan juga SPRM terhadap Michael Chia mengenai penangkapan beliau oleh ICAC termasuk kemungkinan berlakunya kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram di mana sumber wang disyaki dari hasil wang pembalakan secara haram termasuk memalsukan pelan kawasan pembalakan dan kemudiannya mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit. Laporan terperinci dan lanjut mengenai skandal ini boleh didapati di www.sabahkini.net.

Laporan yang menggemparkan turut dikeluarkan oleh laman web Malaysia Today yang mendedahkan bagaimana akrabnya Michael Chia dengan Musa Aman sehingga beliau digelar adik angkat Musa. Laporan Malaysia Today juga menyebut bagaimana pihak polis Hong Kong dan juga Interpol telah menjejaki Michael Chia sejak 3 tahun yang lalu di mana akhirnya beliau telah dimakan jerat dengan wang sebanyak RM 16 juta di tangan. Kemudiannya, Michael Chia telah meminta beliau dilepaskan memandangkan beliau menegaskan hanya bertindak sebagai agen kepada Musa. Musa berasa khuatir dengan penangkapan Michael Chia sehingga menyebabkan beliau menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Michael Chia.

Untuk makluman pembaca ICAC telah diasaskan oleh Gabenor Murray Mac Lehose pada 15 Februari 1974 apabila Hong Kong masih lagi berada di bawah pemerintahan British. Tujuan utama penubuhan ICAC ialah untuk membersihkan rasuah dan penyelewengan yang parah berlaku di dalam jabatan-jabatan kerajaan di Hong Kong. ICAC yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya merupakan satu badan yang bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Ekesekutif Hong Kong. Pada awal penubuhan ICAC, ianya seperti juga SPRM di Malaysia sering dicemuh dan dicaci antaranya digelar sebagai I Can Accept Cash, Investigating Chinese Ancient Customs dan I Corrupt All Cops. Walau bagaimanapun setelah berlakunya reformasi besar di dalam ICAC, ianya telah menjadi satu badan membanteras rasuah yang dihormati bukan sahaja oleh rakyat Hong Kong malah mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti Bank Dunia, Yayasan Heritage dan Transparency International. Malah ICAC juga telah diberikan pengiktirafan di dalam perlembagaan Negara China.

Ketika saya bertanya kepada wartawan semasa sidang media mengenai sama ada wujud atau tidak badan bukan kerajaan mengenai anti korupsi, mereka menjawab ianya tiada di Hong Kong kerana ICAC begitu efektif dan berkesan di dalam usaha membanteras rasuah ! Malah, kata-kata yang popular di Hong Kong ialah apabila kamu diminta ke pejabat ICAC untuk secawan kopi, itu tandanya kamu mempunyai masalah dengan rasuah. Ini ialah kerana semasa siasatan dijalankan oleh ICAC biasanya suspek akan dihidangkan dengan secawan kopi. Ini terbukti apabila sepanjang tempoh 3 jam perbincangan di antara saya dan pegawai ICAC, tiada hidangan sebarang minuman daripada mereka !

Bersandarkan kepada latar belakang skandal pembalakan haram yang telah didedahkan berserta dengan maklumat dan bukti di dalam bentuk dokumen yang ada di dalam simpanan pimpinan AMK dan Keadilan Sabah, saya telah memberikan penerangan kepada para pegawai penyiasat yang diketuai oleh seorang wanita berpengalaman yang selesa dengan panggilan Madam Kitty. Pada saya mereka bertindak dengan professional. Tiada kad nama diberikan yang menunjukkan apakah jawatan mereka, sekadar kad kuasa. Tiada bukti tandatangan yang diberikan oleh ICAC sebagai bukti penyerahan dokumen yang disediakan dan yang paling penting keseriusan mereka meneliti semua dokumen dan bukti yang dikemukakan serta bersoal jawab di dalam perkara-perkara yang tidak difahami. Sebagai perbandingan berdasarkan pengalaman saya menghantar sebarang dokumen dan bukti di SPRM biasanya ianya mengambil masa kurang daripada 30 minit !

Saya tegaskan kepada para pegawai ICAC tentang jaminan kerahsiaan dan keselamatan terhadap diri saya dan juga saksi-saksi yang akan saya bawa memandangkan sekiranya kes ini diteruskan ianya akan melibatkan hubungan kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Hong Kong yang sekarang ini berada di bawah pentadbiran China. Mereka dengan nada tegaskan menyatakan bahawa ICAC mempunyai reputasi dan rekod antarabangsa di dalam usaha membanteras rasuah dan tidak akan mengorbankannya semata-mata hanya kerana ingin mempertahankan seorang individu yang disyaki terpalit dengan imej rasuah. Mereka juga memberikan jaminan keselamatan yang ketat kepada saya sepanjang saya berada di Hong Kong.

Di akhir perbincangan saya ulangi komitmen Parti Keadilan Rakyat sebagai sebuah parti oposisi terkuat di Parlimen Malaysia untuk membanteras rasuah ke akar umbi walaupun terpaksa bergerak beribu batu hatta ke Hong Kong untuk membuat laporan ini. Saya juga menyatakan kekecewaan rakyat Malaysia terhadap SPRM yang tidak menjalankan tugas dengan adil dan amanah di dalam membanteras musuh nombor wahid ini. Justeru, rakyat Malaysia mengharapkan agar badan-badan bebas berstatus antarabangsa seperti ICAC ini akan dapat membantu memulangkan semula jutaan ringgit wang milik rakyat dengan mengambil tindakan without fear or favour.

Iltizam dan komitmen ICAC dengan jaminan bahawa mereka akan menghubungi saya setelah meneliti kesemua dokumen yang dikemukakan membuktikan bahawa usaha AMK membawa isu ini ke pihak antarabangsa mendapat respon yang positif. Seperti yang saya nyatakan di dalam tulisan yang lepas, 1 ikhtiar nasional amat diperlukan di dalam usaha rakyat menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dari amalan rasuah.

Selamatkan wang rakyat !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Kowloon, Hong Kong

Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Kekayaan Khairy Jamaluddin

14 Oktober 2009

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bahawa beliau bersedia untuk mengiystiharkan harta yang dimiliki beliau. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk disiasat mengenai dakwaan-dakwaan bahawa beliau memiliki kekayaan yang sangat besar dan melampaui pendapatan beliau. Kenyataan ini tidak seharusnya hanya tinggal kenyataan dan hanya diulang kembali menjelang pilihanraya.

AMK dengan ini mencabar Khairy untuk mengisytiharkan harta beliau termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan.

Penglibatan aktif Khairy di dalam bidang perniagaan bukan sahaja menimbulkan persepsi wujud salahguna kuasa, malah para peniaga juga menghadapi persaingan yang tidak adil khususnya untuk mendapatkan projek dan tender kerajaan. Justeru, memandangkan terdapat kesediaan daripada Khairy sendiri untuk beliau disiasat, AMK mendesak PM Najib Razak supaya segera mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh Khairy yang sebelum ini merupakan menantu kepada Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda yang tentunya akan mendapat kelebihan politik (political advantage) daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak dari 1998 lagi, ketika dituduh memiliki harta sebanyak RM 3 bilion dengan tegas dan berani menyatakan kesediaan dengan mendesak satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang tidak berasas. Namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan dan hanya menggunakan isu ini sebagai bahan kempen murahan sewaktu pilihanraya kecil Bagan Pinang yang lalu.

Keengganan melakukan siasatan ini mewujudkan tanggapan umum bahawa Barisan Nasional mengambil sikap tidak apa terhadap mereka yang memiliki harta yang tersangat banyak sehingga melebihi kemampuan pendapatan.

AMK mendesak kerajaan untuk serius terhadap usaha membanteras rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan pemboloton kekayaan melalui cara-cara yang tidak sewajarnya.

Sekiranya ini tidak dilaksanakan dengan serius, maka impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara serba maju di mana kekayaan negara dikongsi secara adil tidak akan dapat dicapai. Seperti yang diungkapkan oleh Mahatma Gandhi: Kekayaan dunia adalah cukup untuk keperluan semua manusia, tetapi tidak mungkin cukup untuk memenuhi ketamakan manusia.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan

Grand Finale Bagan Pinang: Ucapan Shamsul Iskandar